
Alhamdullillah..
hari ni dalam jam 1010 geng-geng MBC selamat berlepas balik dari Naza Hotel ke tempat masing-masing,ada yang dah balik awal. dan ada yang tinggal ni akan bergerak secara berkumpulan, ada sorang dua memang orang johor, dan beberapa akan keMelaka dan selebihnya akan menuju ke KL.
firstly aku nak katakan, korang semua memang berani.. :D
mungkin ni la dikatakan geng MBC 'hati kering' ye? dan tahniah kepada pencetus idea, pemberi dan perkongisan maklumat. otai-otai yang banyak pengalaman dan pada adik-adik yang berani menyahut cabaran.
dan sedia maklum, ini kali pertama geng MBC sampai ke kota Singa, dengan berkat doa,kecekalan hati,setia kawan,keinginan kehendak,sanggup mengerah tenaga meredah panas mentari serta cuaca hujan(ujan gerimis jek!) dan selebihnya hati nekad sepasukan.
Alhamdullah kesemua geng MBC berjaya merentas negara ('tambak johor' je..) dengan selamatnya.
semoga pengalaman ini adalah satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan oleh geng-geng MBC yang terlibat. dan aku mintak maap je la sebab tak dapat join korang dengan sepenuh masa sebab aku sepanjang korang kat sini, aku dalam waktu berkerja,(tapi sempat jugak lari sana, lari sini ek!). dan gambar pun aku tak dapat snap sangat, walaubagaimanapun korang selesa dengan layanan dan pertolongan aku yang tak seberapa tu sepanjang korang ada kat sini.
dan syukur aku dapat eskot korang untuk masuk dan keluar dari kota Singa ni dengan selamat.(jangan lupa kat aku. "Marsyal kuda putih" ^_^ ).
kalau korang nak tau aku cukup risau masa korang kat sini, ye la.. first time sampai Singapura kan.. (mungkin ada yang lebih). macam-macam pengalaman yang bakal ditempohi
dan lagi satu, geng MBC ni semua memang sporting,'berani' kelako habis!!
DAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA SALAH SEORANG MARSYAL KITA YANG BERASAL/MENETAP DISINGAPURA IAITU RAZALI BIN SARIMAN Bro Jali aka Abg.Scram Merah(sebenarnya dia ada 3 scramb,1 superbike dan satu scoot) YANG TELAH BANYAK MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM INI, kalau dia dia tak ada, tak tau la apa aku nak cakap.
(tadi dia datang ambik sim kad dan sempat gi minum dan borak-borak pasal pengalaman dia, dan aku nak kata, ini salah seorang otai yang patut kita kasi tabik spring!!!!)
BUDI DAN PERTOLONGAN BRO, MEMANG KITA TAK AKAN LUPA SAMPAI BILA-BILA.
"hormat, hormat kekanannnnnn.. hormat!!"
dan aku nak selit satu perkara sikit yang Marsyal kita ni akan menyambut hari lahir yang ke '36' pada rabu ni..
Razali Bin Sariman birthday 03/03/2010 (36)
mari kita nyanyikan lagu selamat untuk dia..
"Allah selamatkan kamu"
"Allah selamat kan kamu.."
"Allah selamat kan Abg, Jali kita.."
"Allah selamatkan kamu!!"
semoga apa yang kita lalui ini akan menjadi kenangan sehingga akhir hayat ita.
Insya'Allah.
dan aku akhiri dengan beberapa pantun.
2stroke enjin ber 2T
keluar asap berkepul-kepul
riang hati hari bercuti
diSg.Besi tempat berkumpul
tuang minyak sebelum habis
menunggang motor penuh tumpuan
CC besar dan kecik pelbagai jenis
tapi sayang 110km/j had kelajuan :)
bergerak berkumpulan disiang hari
jangan tertinggal harus waspada
setelah tiba berehatkan diri
penat hilang geng MBC terus meronda
hari malam tidur pun lena
esok pagi mula perjalanan
ke Woodland checkpoint diseberang sana
MBC bergerak dalam kumpulan
dikota Singa tiba bersama
bagai terasa dialam syurga
sehari suntuk dimanfaatkan bersama
wajib bersolat dijanjikan syurga
mentari sembunyi keluar si bulan
Mrs-Mrs geng MBC nampak keletihan
menuju pulang terus perjalanan
balik keHotel tak kan dilupakan
bangun pagi barang tersedia
sempat mandi bersihkan air liur basi
jam 1030 semua bersedia
MBC gerak balik ke destinasi
aktiviti selesai dengan selamat
kenangan indah jadi kenangan
geng MBC memang cukup hebat
DNA Marshall kuda putih jangan dilupakan!!!
we ride, we cry, we laugh, we hate, we complaint, we dissagree, we shared, we joy and at the end we are brothers...
(Bro mohdi kata)
~~~~~~~~~~~~~~~~
Tentatif Aktiviti
26-Feb-2010 Jumaat
08.00 am = RV di Shell Sungai Besi (Shell selepas Tol Sungai Besi)
08.15 am = Bacaan Doa Tayar golek (cruising speed should be 100-110KM/J)
08.45 am = Refuel di Shell atau Petronas R&R Seremban
09.00 am = Sambung Tayar golek (cruising speed should be 100-110KM/J)
09.45 am = Refuel di Shell atau Petronas R&R Ayer Keroh Melaka
10.15 am = Sambung Tayar golek (cruising speed should be 100-110KM/J)
11.00 pm = Refuel di R&R Pagoh Johor
11.15 pm = Sambung Tayar golek (cruising speed should be 100-110KM/J)
12.00 pm = Refuel di Shell atau Petronas R&R Machap Johor
12.30 pm = Sambung Tayar golek ke NAZA Hotel Johor Baharu
01.15 pm = Cek In & Free xtvt (up to you guys, nak rest & nak tido )
15.30 pm = Nak rondaò sekitar Johor baru
08.00 pm = Dinner
09.00 pm = MBC Get-O-Gather
10.00 pm = Free xtvt sampai lebam
27-Feb-2010 Sabtu
06.00 am = Rise & shine
06.30 am = Breakfast
07.00 am = Tayar golek ke Woodlands Singapore
(Checkpoint Singapore. Masuk Lane Motor & Kena Buat Autopass)
(Makan Masa Selama 2jam Angaran).
08.30 pm = Sambung tayar golek ke Zoo Singapore
09.00 am = Zoo Singapore (3Jam)
(kalau keluar awal kita akan Ke tempat sterusnya)
12.00 am = Arab Street Dan Bugis Street (1Jam 30Minit)
13.30 Pm = Makan tengah hari & Solat Zohor (Masjid Sultan Kg Gelam) (1Jam)
14.30 pm = Sambung tayar golek ke Marina Barrage & Vivo City ( 2Jam)
16.30 pm = Cuci mata di kedai Motor di Kelantan Lane (2Jam)
( Solat Asar )
18.30 pm = Lane Esplainade (1Jam 30 Minit)
07.30 pm = Solat Maghrib (1Jam)
08.30 pm = Dinner (1Jam)
09.30 pm = Mustapa Center (2Jam)
11.30 pm = Orchard Road (1Jam)
01.30 am = Keluar dari Singapore menuju ke NAZA Hotel Johor Baharu
28-Feb-2010 Ahad
08.00 am = Rise & shine
08.30 am = Breakfast
09.00 am = Packing
10.00 am = Check-out
(bergambar beramai-ramai)
10.30 am = Tayar golek (cruising speed should be 100-110KM/J)
11.15 am = Refuel di Shell atau Petronas R&R Machap Johor
11.30 pm = Sambung Tayar golek (cruising speed should be 100-110KM/J)
12.15 pm = Refuel di R&R Pagoh Johor
12.30 pm = Sambung Tayar golek (cruising speed should be 100-110KM/J)
13.15 pm = Refuel di Shell atau Petronas R&R Ayer Keroh Melaka
13.45 pm = Sambung tayar golek ke Kuala Lumpur
14.30 pm = Exit Tol Sungai Besi - Kuala Lumpur
15.00 pm = Refuel di Mobil selepas Tol Sg Besi dan bersalaman serta Bersurai
love…lagik2 love
12 hours ago


0 comments:
Post a Comment