CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

19 November 2009

Bila larut malam.


bila malam makin larut
dunia semakin sepi
deruman enjin berkurangan
turut hati megundang sepi
langit luas terbentang
bertemankan bintang terang diangkasa
pungguk masih kekal setia
menunggu bulan jatuh kesisi

setianya aku menunggu disini
menunggu teman tak mungkin bertamu
hilangnya kawan merantau jauh
hilang ibu/bapa meninggal dunia
hilang abang tewas diperbatasan
hilang kakak melahirkan jiwa
hilang adik dipukul ombak
hilang kasih berubah hati

tinggalnya aku seorang
mencari rezeki dinegeri orang
beratnya hati bukan kepalang
mungkinkah benar gelaran orang
aku ini hanya si malang

kemana harus kutujui
berjalan tanpa henti
mengikut arah langkahan kaki
mungkinkan penat lalu berhenti
mengesat peluh mengalir didahi
meneguk air tinggal berbaki
menghela nafas penuh kesal
mampukah jalan ini diterusi

langkah semakin perlahan
beban menjadi berat
mata teras kabur
khayalan mata bermain didepan
cengkaman terasa longgar
peluh dingin mula megalir
urat sendi terasa terkunci

dimanakah kekuatan diri
teguhkah kaki ingin berjalan
kanan dan kiri semakin sunyi
badan tak mampu lagi berdiri
sendi mula mengalah
tersungkur jatuh menyembah bumi
nafas tertahan-tahan
getaran tangan hilang kawalan
tiupan angin sedingin salji
dan kini hanya satu nafas yang tertinggal
lalu kalimah ini diucapkan
"a-shadu a-la ilaha illallah, wa a-shadu anna Muhammad a-rasul-ullah"

17 November 2009

Meriam raksasa

Meriam raksasa(keratan Berita Harian)



The Great Bombard yang dipamerkan di Royal Armouries, Fort Nelson, England.

SEJAK beribu tahun dulu, manusia sering dikaitkan dengan perang, cuma ia berubah mengikut zaman, khususnya dari segi taktikal, persenjataan, jumlah korban dan puncanya. Apapun, setiap kali berlaku perang tanpa mengira sebabnya, ia sentiasa membabitkan penciptaan senjata baru.

Menyingkap sejarah perang Islam, sememangnya diakui tentera Muslimin adalah antara pasukan paling disegani sepanjang sejarah peperangan dunia. Usah dibangkitkan keberaniannya yang tiada tandingan kerana ganjaran mati syahid di medan perang sememang dinantikan tentera Islam.

Ditambah pula dengan ketaatan menunaikan solat ketika perang, itu sudah cukup membuatkan musuh sering terpukau dan timbul rasa gerun.

Itulah senjata utama umat Islam ketika menegakkan agama Allah tetapi mereka juga terkenal dengan taktik dan strategi perang serta inovasi persenjataan yang dianggap canggih pada zamannya.

Satu daripada penemuan menakjubkan yang membuktikan fakta itu ialah meriam raksasa dari zaman Turki Uthmaniah lebih dikenali dengan nama ‘The Great Bombard’ yang menggunakan ubat bedil seberat 1,600 kilogram sebagai pelurunya.


Peluru The Great Bombard seberat 300 hingga 1,600 kilogram.

Ilmuwan Islam menemuinya pada abad ke-12 bersama penemuan lain membuktikan perkembangan teknologi ketenteraan Islam pada zaman itu. ‘The Great Bombard’ ialah teknologi paling tersohor, hinggakan mendengar namanya saja membuatkan musuh ketakutan.

The Great Bombard diakui teknologi artileri paling maju dan paling kuat ketika itu yang digunakan oleh Kerajaan Turki Uthmaniah untuk merampas semula Kota Constantinople pada 1453 daripada tangan tentera Salib.

Artileri legenda yang sangat berat itu yang juga terkenal dengan nama “The Great Turkish Bombard” dan ketika perang melawan kerajaan Britain pada 1807, ia terkenal dengan nama “Dardanella Gun” kerana perang berlaku di Selat Dardanella.

Bangsa Eropah menggelarnya dengan nama “Muhammad Gun” kerana ia membuatkan jeneral perang dan tenteranya sudah boleh membayangkan bagaimana kapal perang dan kubu pertahanan mereka akan hancur berkecai jika terkena tembakan meriam raksasa itu.



Meriam The Great Turkish Bombard digunakan dalam perang oleh kerajaan Turki Uthmaniah.

Senjata raksasa itu bukan setakat gah dari segi saiznya, tetapi nama besar yang dilabel memang setaraf dengan kemampuannya, sekali gus membuktikan perancangan membinanya yang dirancang oleh jurutera, Munir Ali pada 1450 memang berhasil.

Mempunyai saiz panjang 518 sentimeter (sm) (kaliber 8,2) dan berat 18,6 tan, senjata itu mempunyai dua bahagian iaitu laras dan selongsong di belakangnya.

Bahagian laras digunakan untuk menembak peluru yang dibuat daripada bola granit raksasa dengan berat dianggarkan antara 300 hingga 1,600 kilo, manakala bahagian selongsong pula mampu menampung tujuh bola granit raksasa (ubat bedil) atau 15 bola granit ukuran kecil pada satu-satu masa.

Disebabkan saiznya yang terlalu besar, meriam itu hanya boleh melepaskan tembakan maksimum 15 kali sehari saja, namun kemampuan jarak tembakannya sangat luar biasa pada ketika itu dengan mencapai jarak 1,760 ela (satu batu atau 1.61 kilometer).

Difahamkan, setiap kali tembakan dilepaskan, ia memerlukan serbuk belerang yang cukup banyak bertujuan memberikan tenaga maksimum untuk meletup dan melepaskan tembakan.





The Great Bombard dibuat daripada bahan logam terbaik iaitu campuran tembaga dengan timah putih dan gangsa. Tukang besi yang membina dan menempanya juga dipilih di kalangan yang terbaik pernah hidup pada zaman itu.

Apa yang membuatkan meriam itu berbeza daripada meriam lain ialah ukiran seni yang mengandungi unsur kebudayaan Islam pada zaman itu.

Kekuatan dan kemampuan membolehkan ia cukup sesuai untuk diletakkan di mana-mana saja ruang pertahanan, di darat, di pantai atau di atas kapal perang ketika digunakan untuk menyerang kubu musuh atau pertempuran di laut.

Kapal perang Turki yang membawa meriam itu cuma terdiri daripada kapal jenis galleon dan monitor, setaraf dengan keupayaannya membawa meriam besar dengan tentera yang ramai.

Ketika ‘Pertempuran Dardanella’, meriam itu menenggelamkan enam kapal Sir John Ducksworth kerana keupayaan melepaskan tembakan melepasi selat kecil melalui strategi menyerang jarak jauh.

Pada 1866, Sultan Abdul Aziz memberikan satu daripada ‘The Great Bombard’ yang digunakan dalam Perang Dardanella kepada Ratu Victoria ketika kunjungan hormatnya ke Britain.

Kini, The Great Bombard atau Dardanella Gun itu boleh dilihat di Fort Nelson, Portsmouth, England dan menjadi sebahagian daripada koleksi paling berharga Angkatan Tentera Diraja Britain.

Bahkan, pada zaman moden ini, namanya tetap dikenang dan cukup popular di kalangan penggemar permainan video RTS (Real Time Strategy) seperti Age of Empire dan Rise of the Nations.

Ini kerana hanya pemain yang berkemampuan tinggi boleh mencapai tahap mampu memiliki senjata artileri paling ampuh pada abad ke 15 hingga 18 itu dan dianggap kejayaan terbesar jika memilikinya, setaraf dengan sejarah agungnya yang sentiasa digeruni lawan.


09 November 2009

'Vanilla'

Chef Siti Mastura Alwi dalam 'Vanilla'

kalau tak silap aku, khamis lepas bersamaan 05/11/2009 adalah siri terakhir rangcangan 'VANILLA' ni, aku harap ini cuma penghujung rancangan musim pertamanya, dan harap-harap la ia akan disambung lagi pada masa yang akan datang.
tapi sayang untuk korang yang duduk luar dari johor, sebab rancangan ni hanya disiarkan pada siaran TV singapura (Suria). so sesiapa yang duduk johor tu mungkin dapat la rasa tempias-tempiasnya. :D

aku mengaku yang aku ni memang suka tengok rancangan masakan, tak kira la apa yang dia masak, kalau boleh aku nak tau apa yang diorang masukkan dalam periuk diorang. cakap pasal masak-memasak ni teringat satu thread 'dapur orang bujang' yang aku pernah mulakan satu masa dulu. kan seronok kalau 'forum' tu ada lagi. :D

sebelum tu aku nak tanya la pada korang, korang pernah dengar satu rancangan bernama 'iron chef'? tiga chef antarabangsa bertandang dalam satu episod selama 60 minit.(ini lagi satu rancangan pebret aku.) tapi apa yang aku ingat sampai sekarang ada sekali tu sotong diorang buat ice cream, (ice cream perisa sotong la!). boleh sampai macam tu sekali diorang punya menu! kagum betul aku!

tapi apa yang aku nak kongsikan kat sini bukan pasal rancangan 'iron chef', tapi keseronokkan menonton 'VANILLA'.
huh!!!
susah aku nak gambarkan, walaupun ianya hanya ada 6 episod, tapi rancangan ini telah membuatkan aku seperti diawang-awangan. dengan kemahiran dan pengalaman chef siti mastura alwi ini. boleh dikatakan dia mula dari zero to hero!
dan sekarang dia dah berjaya. Alahamdulillah.

yang seronoknya dengan anika bentuk dan bermacam-macam warna pastry tu. ia cukup buat aku rasa lapo dari mula hinggalah habis rancangan. dan satu pujian jugak untuk peng'edit' music dalam rangcangan tu. BRAVOoO!

ok lah! cakap banyak tak guna, tembak pun tak kena..
kat bawah ni aku ada sertakan preview episodnya dan salah satu resepi pastry pada episod terakhirnya.

enjoy it!






PASTRI KRIM STRAWBERI

Bahan-bahan
300 gram doh pastri paf segera
150 gram krim putar bukan tenusu
Strawberi segar

Cara-cara
Canaikan doh pastri paf dan potong mengikut bentuk yang diingini.
Bakar selama 20-25 minit pada suhu 200 darjah.
Putarkan krim dan sejukkan dalam peti ais.
Apabila krim sejuk, paip krim di atas pastri dan hias dengan strawberi segar.

selamat mencuba..

02 November 2009

beberapa hari yang lepas..

Assalamualaikum..
dah lama aku kat menjenguk ke sini, so macam mana khabar kawan-kawan dialam maya ini, ada baik?
sempena kehilangan aku dalam waktu seminggu ni, teringgin aku nak kongsikan apa yang aku lalui dalam masa beberapa hari ni.

mula dengan ahad lepas sampai la ahad ni, so boleh dikatakan seminggu la ye..
ia satu tempoh yang cukup memenatkan.
entah macam mana nama aku tersenarai untuk join satu krusus di..... :p

walaupun penat dengan jarak perjalanan yang jauh. tapi bila difikir-fikir balik, seronok bila kita belajar sesuatu yang baru ni..

yang tambah seronoknya bila ia diserikan lagi dengan benjol dikepala, darah beku dibawah mata serta lebam-lebam yang ada kat badan merata. tak lupa juga terasa belikat bisa-bisa.

dua hari pertama tu cukup menyiksakan. tapi apakan daya.. krusus ini perlu diselesaikan daalm apa juga caranya..

so untuk malam ini, oleh kerana badan dah terlalu letih, mungkin nanti bila-bila aku free aku akan masukkan gambarnya kat sini. insya'Allah
dan sekarang masa untuk berehat.

~ ~ ~ ~ ~ ~

ntah apa hal la dengan blogspot ni. aku nak masukkan gambar pun asyik error je..
tapi tak pe la, nanti kalau ada masa nanti aku akan upload gambar-gambar yang ada tu.
untuk tak mengecewakan pada kengkawan meh tengok video kat bawah ni. kalau korang nak tau kita semua kena paksa buat menda ni untuk aktiviti dipetang hari..
huhuhu...

18 October 2009

kongsi gambar sikit!





















siapakah lelaki ini, kerana ia ada dimana-mana sahaja..
Majlis perkahwinan Adiez diJohor.


Majlis berbuka puasa di restoran nelayan KL.


Majlis open house rumah Snow di Klang.



serta merangkul gelaran 'jejaka pamalu SpaQ'.

singguh misteri..
berjayakah rahsia yang tersembunyi ini terungkap?
mari kita sama-sama membongkar rahsia ini.

14 October 2009

Kantoi By Zee Avi

Empat hari lepas badan badan mula rasa tak berapa selesa, tapi tak ada pulak tanda-tanda selsema atau pening-pening.
bila masuk je malam 11hb tu kepala dah mula pening, suhu badan pulak naik mendadak.
'eh! siang tadi ok je.. ini nak kena demam panas ke'.
tengah malam tu mata pulak susah nak lelap. cool fever dari semalam memang tak miss. nasib baik la siangnya dapat pergi keduri kawin si Adiez.
12hb pulak mai waip bising supaya jangan kerja. nak tak nak terpaksa la M.C sehari.
lepas tu masuk pulak shift malam.. tak tido lagi la aku nampaknya. kepala pulak rasa pening-pening lalat sikit.
tapi alhamdulillah,walaupun suhu badan naik tinggi, tapi yang pastinya bukan H1N1. pagi tadi pulak suhu badan aku dah mula turun ke normal.

Sekarang ni dari tadi menghadap pc, tapi tak tau nak buat apa..
emm.. hmm....

sambil-sambil tak tau buat apa tu, apa kata kita layan lagu kat bawah tu.

p/s; Adik-adik, ingat pesan abang ye.. lain kali jangan main ujan, nanti demam.


Kantoi By Zee Avi
Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy "he said it wasn't true"

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata "maybe you tengok bola"
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata "sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym"

Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend,

Tommy...

Kantoi! ! ! !


12 October 2009

Selamat Pengantin Baru




dengan kesempatan ini aku nak ucapkan selamat pengantin baru pada member aku sorang ni yang bernama Adiez dan pasangannya.
welcome bro.. welcome to the club. semoga mahligai yang dibina ini akan berkekalan sehingga akhirat.





09 October 2009

kepada sahabatku Mirdza yang dikasihi






100% AUTHENTIC OAKLEY SUNGLASSES
HALF JACKET - POLARIZED - MODEL # 12-800
INCLUDES: OAKLEY MICROFIBER SOFT CASE & OAKLEY PAPERWORK
MADE IN USA
BRAND NEW - FLAWLESS - NEVER WORN
FRAME: GLOSSY BLACK PLASTIC
LENS: POLARIZED BLACK IRIDIUM PLUTONITE


Item specifics
Condition: Used/
Frame Color: GLOSSY BLACK
Protection: 100% UVA & UVB
Made In: USA
Gender: Unisex
Brand: OAKLEY
Lens Color: POLARIZED BLACK IRIDIUM
Style: HALF JACKET
Size: Adult One Size Fits Most
Lens Type: POLARIZED PLUTONITE


p/s; harga seperti aku cakapkan tadi. tu pun kalau ko berminat lah!

04 October 2009

Bitter Heart by Zee Avi

03 October 2009

Jawab TAG dan Award

hari ni..
tak tau apa nak buat, nak masukkan posting pun idea tak ada. so kita jawab la Tag mana yang ada.



Terima kasih untuk Snow dan Nick. :D
'terima kasih daun keladi, kalau ada bagi la lagi ye!'

(penerima award seterusnya ada kat bawah posting ni!)

~ ~ ~ ~ ~



Award diterima dari Nick dan Snow. (pakcik kayo!!!)
Nick,Snow.. thanks!

~ ~ ~ ~


thanks to Snow..

1) Portal web mn yg kowang paling suker joins/lepak ?
- Firstly aku akan bukak Blog sendiri, pastu jawab mana-mana posting yang ada. tak kira la kat blog orang lain atau kat forum ke!

2) Bape kali kowang masuk tandas utk membuang ’sisa toksik’ dlm 1 hari?
- Aku tak kira la! emm.. nak kena kira ke? :p

3) Dimanakah tempat yg sesuai utk melakukan xtvt ‘melombong’ bijih timah a.k.a taik idung?
- Mana-mana pn boleh,asalkan tak ada orang perasan. kalau ada orang tengok pun buat la tak tau je la!
halah! macam la dia tak pernah korek idong! :p

4) Bhagian tubuh bdn kowang yg kowang rs2 nak ubah ckit? tp ingat …mengubah ciptaan Allah itu dose ..
- Ubah? emm.. tak mungkin! tapi sekarang tengah berusaha nak dapatkan balik my Six-pack again. (usaha.. usaha.. usaha...)

5) haiwan apekah yg otaknyer lebih kecil dari matenyer? (ehem2)
- Emm.. apa hah!! orang kata Burung unta, tapi tak pernah pulak aku belah kepala burung unta tu!.

6) kentut dikhalayak ramai…adakah memalukan?
- Nak malu apanya, kalau dah tak sengaja,buat tak tau je la.
wkakakakkaa... (bio padan dengan muka korang!)

7) pernah ke kowang bersin sampai kuar hingus?…eeeiiii yarkkk….pengotor nih
- Pernah! tapi tu masa bebudak dulu.

8) Artis mnkah yg kowang rs paling best utk dikenakan dlm rancangan Bang Bang Boom?
- Siapa ek! apa kata kalau kenakan orang no.1 TV3. :D

9) Xtvt camner yg kowang nak artis tersebut buat dlm rangcangan Bang Bang Boom?
- Apa-apa pun boleh!

10) Adakah Siti Nurhaliza itew chantik? Datuk K itew encem?
- Ye ke! setau aku mai waip lagi cantik, kalau bab ensem tu aku lagi ensem dari dia kot!
muhahahahha!!!!

*lain2 soklan, kowang tambah ler….
- Tak de!

(penerima award seterusnya ada kat bawah posting ni!)

~ ~ ~ ~ ~

Tag from Cik Snow dan Nick


1. Anda rasa anda Hot?
- Hot? entah ek! tak pasti la pulak. rasanya kalau kita berjalan orang lain pandang kita, tu maknanya kita tak 'hot' kot!

2. Upload gambar kesukaan/kesayangan anda…..
- Gambar?


3. Kenapa anda suka/sayang dengan gambar ini?
- Ini la kereta idaman aku.(bila la boleh dapat ek!)

4. Bila kali terakhir anda tak puasa?
- Bila? emm.. emm.. ntah la, aku pun tak ingat.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
- 'Mimpi Yang Sempurna' dari.. (sori aku tak tau siapa penyanyinya! artis Idon kot!)

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
- Didalam office sambil sila panggung. :D

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
- Asalkan bukan 'HOI', 'MANGKUK', atau bahasa kesat, apa pun boleh.

8. Tag lagi beberapa orang tanpa rasa kekesalan..
- (kat bawah posting ni!).


- rahmanW
- kak zie
- Ainee
- Armada
- Baiyinah
- Sri'
- harih

29 September 2009

Rumah papan bertangga batu



Assalamualaikum dan salam Aidilfitri untuk semua.

Hari ni masuk la Syawal yang ke-10 , aku tahu bahang dan semangat beraya masih berkobar-kobar dan belum terpadam dalam diri untuk berkunjung kerumah sedara-mara, kawan-kawan serta tak lupa juga kerumah boipren dan gelpren!

Memang digalakkan dalam Islam iaitu kunjung-mengunjung ni. Ye la, waktu kerja kan sibuk so time raya ni la dapat jumpa kengkawan mana yang dah lama tak jumpa tu. Walaubagaimanapun kita kena la utamakan sedara yang terdekat dahulu. Orang tua-tua kata lebih afdal gitu. :D

So macam mana, banyak tak dapat duit raya tahun ni? (ini untuk bebudak jek! Orang tua-tua jangan jawab soalan ni!). tentu seronokkan dapat duit raya. Dan yang pemberi duit raya macam mana pulak? Walaupun pemberian tu tak la sebesar mana tapi biar la ia dihulur dengan ikhlas ye. Insya’Allah berkatnya tu ada. Pepatah mengatakan “tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima”. Jadi tak susah nak cari pahala waktu-waktu macam ni.

Sempena bulan Syawal yang mulia ni ramai dan berebut-rebut buat rumah terbuka. Menunya pulak sedap-sedap pulak tu! Korang kalau nak buat rumah terbuka tu jangan lupa la jemput aku ye. Huhuhu..

Apa yang aku nak kongsi kat sini mungkin agak menarik, so kalau nak tahu kena la baca sampai habis. Kau tahu je la waktu raya macam ni memang jarang nak Nampak muka kawan-kawan yang satu sekolah, so bila dapat tahu je sorang kawan ni ada balik kampung sambut Syawal, maka aktiviti kunjung-mengunjung pun bermula. Waktu tu baru la kita tau yang kawan kita ni yang dulu kurus macam papan sekarang dah jadi tambam. Dulu tunggang motor dan sekarang dah bawak kereta besar, Ada pulak dulu tak cantik/comot tapi sekarang dah pandai melaram. Yang ada tu dulu solo tapi tau-tau sekarang dah ada laki dan ada anak. Maju sungguh kawan-kawan aku ni.

Nak dijadikan cerita.. pada satu hari rumah aku dikunjung oleh sekeluarga dan anaknya. Si ayah keliahatan biasa dan si ibu pulak anggun bergaya dengan tudung penuh dengan batu yeng berkilat. Ini memang kawan satu sekolah ni. Ye la kan dah lama tak jumpa, so macam-macam la borak,
hu ha.. hu ha.. pot! Pet! Pot! Pet.

Tanpa dia sedar anak dia main kat tangga rumah lalu tergolek dua anak tangga. (aku ni duduk rumah jenis atas, so tak mustahil ada tangga dalam rumah). Dengan gelabahnya dan sepontannya Mrs.DNA bersuara..

“wei minah, anak ko terjatuh tu!”

Lalu si ibu memandang dan berkata-kata.
“hah! Siap suruh main kat tangga tu!”

Si anak dah menangis tak henti-henti. Lepas tu si ibu pulak menambah.
“tau pun sakit! Nanti kalau dah patah tangan tu nanti semua nak susahkan ibu”

Anak tetap menangis tanpa dipujuk oleh ibunya. Lepas tu si ayah bersuara sambil merapati si anak.
“boboi! Pi main lagi.. kalau jatuh pun jangan sampai patah tangan, tapi main sampai mati! Jadi tak la susah kan ibu kan!”(sambil menjeling si isteri)

Semua yang ada kat situ tercengang termasuk la dengan Mrs.DNA sekali. Aku terkejut dan hamper ketawa tapi aku cuba tahan. Tak lama lepas tu sekeluarga tu beransur pulang. Bila difikir-fikir balik ketawa besar aku dengan ayat si suami tu cakapkan! Ada ke sanggup si suami kata macam tu! Tapi aku pasti ada pengajaran disebalik kisah ni. Pandai-pandai korang la nak tafsirkan macam mana.

Ok lah! Setakat tu saja yang aku nak kongsi kali ini. Nanti kalau ada apa yang boleh aku kongsi kat sini, aku akan updatekan! Insya’Allah.

Wassalam..

18 September 2009

Salam Lebaran Dari DNA


Salam Lebaran Dari DNA

Selamat datang ke daerah lebaran, kita simpul makna persaudaraan
Di peta kemanusia yang tak kenal darjat kedudukan, disisi-Nya kita tak terbandingkan
Pada hari penuh kemuliaan ini terhulur salam persaudaraan yang tak terbezakan.
andai ada terkasar bahasa,tersilap bicara,tersinggung rasa
ampun dan maaf jua dipinta.kita sekadar manusia biasa
tak terlepas dari salah dan dosa.

khas untuk kawan-kawan
ikhlas dari mr.mrs.DNA

16 September 2009

Tag dari Nick & Snow

Fasting Tag yang diterima dari Nick & Snow

pening kepala aku sekejap dan hampir-hampir migrain. (mana pulak ubat aku ni!)

5 Perkara Yang Anda Suke Tentang Bulan Ramadhan:-
- Ramadhan al-Mubarak
- Ramadhan satu bulan yang penuh dengan keberkatan
- Ramadhan juga mengajarku menahan nafsu dan emosi
- Ramadhan membawa seribu keberkatan
- Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,tapi ia lebih kepada mengenali diri dan menginsafi diri ini sebagai hamba NYA



5 Perkara Yang Best Masa Bulan Ramadhan:-
- Digalakkan perbanyakkan beribadah
- Satu bulan bonus untuk menambah pahala
- Ia mampu membuat diri lebih sihat
- Kurang bercakap dan banyakkan berzikir
- Turunya Lailatul qadar



5 Jenis Makanan/Minuman Yang Wajib Ade Masa Berbuka Puasa:-
- Kurma
- Air kosong
- Ari panas
- Hidangan yang mampu mengalas perut(tak kenyang pun tak pe!)
- kuih-kuih sikit dan buah-buahan..



5 Perkara Yang Wajib Anda Lakukan Sebelum Berpuasa:
- Bersahur
- Makan kurma
- Minum air kosong(kalau rajin buat air panas)
- Niat puasa
- Dan siap sedia solat subuh



5 Cerita Best/Tak Best Puasa Anda:-
korang nak tau ke? huhuhu.. rasanya banyak cerita aku dalam Ramadhan-Ramadhan yang lepas. tak terkira.. ok, ini sebahagiannya
- Lokasi Pudu - Teringat sorang pakcik yang aku belikan tiket nak balik ke utara sebab dia tak ada duit
- Lokasi Seremban - terpaksa balik jalan kaki 1Km sebab tersalah turun bas. waktu tu azan maghrib pun berkumandang.
- Lokasi Klang- Masa tu pernah berbuka dengan tiga orang kongsi satu peket air yang aku beli.(tiga straw)
- Lokasi Johor - berbuka dengan sebijik kuih seteguk air sebab kena kerja.
- Lokasi Pahang - bila balik je umah mertua, gerenti menu penuh satu meja bila berbuka, huhuhu.. yang ni syok!



Orang Yang Terpaksa Bocorkan Rahsia Puasa Diaorang:
- kak zie
- rahmanw
- armada
- ainne1111
- Baiyinah
- shahna


muahahhaa... jangan salahkan aku woOoOo..
aku kena paksa.

09 September 2009

TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya :
"Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu."

Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya :
"Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram)".
- Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya :
"Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu."
- Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :
"Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram."

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :
"Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk."


Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas boleh lah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.



Lailatul Qadar (Raihan)

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan
Itulah dia malam Al Qadar
Hadiah pada Hamba-Nya yang bertaqwa

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Korus:
Singkaplah tabir
Di sepuluh malam terakhir
Berjumpa kita mencari
Keredhaan-NYa
Hidupkan malam, Beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan mohon keampunan

Narration :
Malam apakah ini?
Kiranya, 83 tahun
Melangkaui kadar lazim
biasa umum
Usia umat Nabi pilihan
Beruntunglah bagi hamba

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Barangsiapa yang
menghidupkan
Lailatul Qdar
Akan diampun dosa - dosanya
yang silam

Reapeat korus

Ya Allah
Yang memberi
Kemanfaatan
Maafkan kami
Semua hamba - hambaMu.

07 September 2009

Jom buat kek!

Jom buat kek!
hari tu boring-boring tak tau nak buat apa.. so ini la aktiviti dimasa lapang..



perkara pertama yang kena ada ialah bahan-bahan. kalau kat rumah tak ada, kena la pi beli ye tak!!
benda asas ialah tepung gandum,marjerin, serbuk cokolat,telur..



tak lupa juga parasa vanila, kita tak perlu banyak pun perasa ni.. hanya beberapa titisan sudah memadai.


jangan lupa masukkan empat biji telur 'ayam'!
(hah! ni mesti ada yang nak loya buruk dengan aku! karang aku ketuk dengan senduk ni baru ko tau!!)


masukkan tepung/merjerin ke dalam mangguk dan bersedia untuk di adun.
campurkan sedikit demi sedikit telur 'ayam' tadi dan adun sehingga sebati. dan jangan lupa.. tepung gandum tu pun masukkan sedikit demi sedikit. bukannya apa.. takut bila korang letak semua sekali dalam mangukuk,takut tepung tu semua terbang bila terkena mesin pengadun tu.
ingat sikit tu bai!! karang kek marmar tak jadi, kek lantai yang ko dapat nanti!



dan pastikan hasilnya anda semua seperti ini. tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. orang-orang tua sesedap rasa gitu..
Auuuwww!!! :D



langkah seterusnya ialah asingkan sedikit adunan tadi untuk diadun bersama perasa cokolat, dan hasilnya seperti dibawah.



amacam.. cun tak!!!
huh!! terliur beb!.. nasib baik la masa aku buat ni malam.. so tak la heran sangat.
dan sekarang anda semua ada 2 adunan. satu berwarna krim dan satu lagi berwarna cokolat



seterusnya..
masukkan 3 titisan parasa vanila kedalam adunan yang berwarna krim tadi.
ingat.. jangan korang curah semua.. ke sepital jawabnya nanti.



next!
panaskan ketuhar pada 180 darjah lebih kurang 10 minit.
masukkan adudan berwarna krim tadi kedalam acuan. buat satu lapisan supaya permukaan acuan tadi ditutup panuh dan pasti kat permukaan dalam acuan tu di sapu sedikit marjerin dan tepung untuk mengelakkan kek anda semua melekat pada acuan. (sikit je!)



sekarang lapiskan aduanan yang berwarna cokolat tadi pada permukaan adunan yang berwarna krim. buat selapis demi selapis sehingga adunan anda semua habis.



ok,sekarang masukkan acuan yang penuh dengan adunan tadi kedalam ketuhar yang telah dipanas kan. set kepanasannya pada tahap kepanasan 180 darjah dalam masa 40 hingga 45 minit.

apabila sudah masak.. maka..





maka ini la hasilnya..
kek marmar/marble cake ala DNA. (rasa pun boleh tahan!)
apa ingat jiran sebelah je yang pandai buat marble cake! DNA pun tau la.. :p
(nak mintak sikit tak bagi..)


lepas tu potong sesedap rasa dan bagi la pada sesiapa yang korang terasa nak bagi.. ingat, hati kena ikhlas,pasti ada berkatnya dibulan Ramadhan ni.
Insya'A'llah..


ni pulak kek yang sebelumnya.. rasanya pun ok jugak..
macam mana korang nak buat,ikut la cita rasa korang, aku dengan cara aku dan yang sedap tu adalah rahsia aku.. tapi oleh kerana aku baik ati.. maka aku kongsi kat sini..
ini lah rahsianya.. hanya Rm5.5o sahaja

25 August 2009

Harapan Ramadhan (Raihan Feat. Man Bai)


Harapan Ramadhan - Raihan Feat. Man Bai
.
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
.
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan
semula..
.
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
.
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
.
Ku mengaharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
.
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
.
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan.
.
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmat Mu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua. . .

20 August 2009

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM ...

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
.
0400hrs Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikanaku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakansebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
.
0420hrs Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat keduaselepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAHTaala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaatkedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujudterakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
.
0500hrs Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
.
0528hrs Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
.
0700hrs Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah S.A.W sama ada menyebutnya atau di hati.Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
.
1000hrs Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja.
.
1245hrs Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
.
1615hrs Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
.
1730hrs Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita !!!
.
1830hrs Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabdaRasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
.
Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku berimandan dengan rezeki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
.
2000hrs Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seelok-eloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
.
2300hrs Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini keranaALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
.
Insya'Allah..
.
(aku terima melalui email,pengahantarnya dari si Sakinah Shukur.)
.

22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430 Hijrah

dengan kesempatan ini inginku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada mai waip, :p , untuk Bonda dikampung serta mertua dan nenek kesayangan adik-beradikku,saudara-mara dan kawan-kawan didunia nyata dan di alam maya ni. semoga Ramadhan kali ini hadir dengan penuh keberkatan. 'puasa jangan ponteng ha...' (kalau miss, ganti ok!)
Insya'Allah
:-)

17 August 2009

Award lagi..








naik penuh 'rak' rumah aku ni dengan award. ini dia bagi lagik! kalau macam ni esok kena beli rak baru la gamaknnya!
.
by the way.. ini award ikhlas dari sNoWhItE geng dari 'spaQ'. thanks Snow.. :blush.
.
dan sekarang aku nak panjangkan kepada..

dey!! berapa ramai la ko nak taruk!!! :P

thanks sekali lagi Snow.

13 August 2009

Juara tilawah


Qariah Malaysia, qari Iraq juara tilawah

KUALA LUMPUR: Qari Iraq, Usamah Abdullah dan qariah Malaysia, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman, menjuarai kategori masing-masing pada Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-51 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Johan qari dan qariah berkenaan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM14,339, piala, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’’adzam Shah dan Sultanah Kedah Sultanah Haminah Hamidun.

Johan qari memperoleh 91.96 peratus manakala juara qariah mendapat 94.75 peratus.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Naib johan qari dimenangi wakil Indonesia, Jafar Hadi Fardi Aghchay dengan pungutan markah 91.92 peratus dan qariah Natipa Manasia dari Thailand yang mendapat mata 88.46 peratus, yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,754 setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan.

Dengan pungutan markah 91.97 peratus, qari Azhar Darma Djunaidi yang juga dari Indonesia dan 88.46 peratus, qariah dari Brunei, Dayang Nurul Akmalina Yahya berjaya meraih tempat ketiga sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM7,169 setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan.

Peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu RM3,584 setiap seorang, cenderamata serta sijil penyertaan.

Majlis tilawah yang bertemakan `Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’ itu yang bermula Rabu lalu menyaksikan penyertaan seramai 66 peserta iaitu 42 qari dan 24 qariah dari 43 negara.

Sementara itu, johan qariah Sharifah Khasif Fadzillah, 27, berkata beliau berhasrat untuk berehat seketika daripada menyertai pertandingan tilawah selepas impiannya untuk menjuarai tilawah al-Quran peringkat kebangsaan tercapai sebelum memasuki usia 30 tahun.

“Saya ingin berehat buat seketika dan mungkin ingin memberi peluang kepada generasi pelapis pula. Insya-Allah pada masa akan datang, kalau ada rezeki saya sertai lagi,” katanya yang berhasrat untuk mengadakan majlis kesyukuran untuk gurunya.

Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa kali pertama pada 9 Mac 1961 selepas negara menganjurkan musabaqah al-Quran peringkat kebangsaan kali pertama pada Mei 1960. — Bernama

I'ktiraf (Raihan)





I'ktiraf (Raihan)


Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar


Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim


Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan


Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu